Article
Stagg Gempur Premis Judi Sekitar Selangor
Skuad Taktikal Khas Anti Maksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG), Bukit Aman, berjaya menggempur premis judi dalam dua operasi berasingan di Sri Petaling dan Kl...
Kuala Lumpur, 22 Nov - Skuad Taktikal Khas Anti Maksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG), Bukit Aman, berjaya menggempur premis judi dalam dua operasi berasingan di Sri Petaling dan Klang , Selangor, semalam.
Operasi turut berjaya menahan 39 individu dan 284 komputer yang disyaki digunakan untuk kegiatan perjudian.
Kejayaan ini disahkan oleh Ketua Polis Negara melalui akaun twitter dan facebook rasmi beliau sebentar tadi.