Stagg Gempur Lagi Premis Judi Komputer
Kuala Lumpur, 15 November- Skuad Taktikal Khas Anti Maksiat, Perjudian dan Gengsterisme (STAGG), Bukit Aman hari ini menggempur lagi premis judi haram di dua lokasi berasingan masing-masing di Kajang, Selangor dan Putrajaya.
Dalam serbuan tersebut, pihak polis berjaya merampas 216 buah komputer dan laptop judi serta memberkas 16 individu.
Dalam perkembangan lain, unit Antipemerdagangan orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) serta Pasukan Polis Marin (PPM) turut berjaya mematahkan cubaan 67 warga asing yang cuba keluar dari negara ini secara salah dengan menggunakan sebuah bot petang tadi.
Ketua Polis Negara mengesahkan kejayaan ini menerusi laman twitter dan facebook page rasmi beliau sebentar tadi.