Kuala Lumpur, 12 November- Skuad Taktikal Khas Anti Maksiat, Perjudian dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman semalam melancarkan lagi operasi di enam premis pelacuran di Jalan Kuchai Lama dan Jalan Klang Lama, di sini.
Seramai 157 pelayan pelanggan (GRO) warga asing dan tempatan ditahan dalam operasi tersebut.
Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Negara di laman twitter dan facebook page rasmi beliau sebentar tadi.