Stagg Akan Bertindak Terhadap Sindiket Judi Online Euro 2016
Sindiket judi dalam talian tanpa premis yang kini ligat mempromosikan judi bola menjelang Euro 2016 pada Jumaat ini kini dalam pemerhatian Pasukan Khas Anti Maksiat, Perjudian dan Gangsterisme (STAGG), Bukit Aman.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, Datuk Roslee Chik berkata, pusat operasi sindiket berkenaan di seluruh negara sedang dikesan.
Beliau turut berkata, STAGG juga bekerjasama dengan Telekom Malaysia Bhd dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) unruk membanteras aktiviti haram itu.
Sumber: Harian Metro