Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Stafoc Jsj Pulau Pinang Temui Sepucuk Senjata Api Bersama 39 Butir Peluru

Published: 26 Mar 2015 1.18 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Perai, 26 Mac - Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pulau Pinang berjaya menahan seorang suspek dipercayai terlibat dalam kes tembakan seorang lelaki hingga maut di persimpangan lampu isyarat di Jalan Scotland, George Town awal Mac lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/stafoc-jsj-pulau-pinang-temui-sepucuk-senjata-api-bersama-39-butir-peluru
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 17:02 MYT


Perai, 26 Mac - Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pulau Pinang berjaya menahan seorang suspek dipercayai terlibat dalam kes tembakan seorang lelaki hingga maut di persimpangan lampu isyarat di Jalan Scotland, George Town awal Mac lalu.

Menurut Komander STAFOC, SAC Dato' Razarudin Husain, suspek lelaki berusia 42 tahun itu ditahan pasukan terbabit di sebuah gerai menjual burger di kawasan perumahan di Bandar Perai Jaya, kira-kira pukul 9.00 malam tadi.

“Penahanan suspek telah membawa polis ke kediamannya dan telah menemui sepucuk senjata api bersama 39 butir peluru.

“Tangkapan dan rampasan kes ini adalah hasil pendedahan dan maklumat soal siasat daripada sembilan suspek yang ditahan sebelum ini,” jelas beliau.

ArticlePublished 26 Mar 2015 1.18 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM