Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sorok Mercun Dalam Kontena

Published: 18 Jun 2014 7.47 AM Updated: 15 Aug 2026 7.36 PM
George Town - Polis berjaya merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api dianggarkan bernilai RM50,000 dalam satu serbuan membanteras penyeludupan mercun musim perayaan Tahun Baharu Cina, petang, sema..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sorok-mercun-dalam-kontena
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:17 MYT

George Town - Polis berjaya merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api dianggarkan bernilai RM50,000 dalam satu serbuan membanteras penyeludupan mercun musim perayaan Tahun Baharu Cina, petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, rampasan itu dilakukan dari sebuah kontena berhampiran kawasan rumah pangsa di Paya Terubong, di sini.

Hasil pemeriksaan polis ke atas kontena berkenaan berjaya menemui sebanyak 358 kotak pelbagai jenis mercun dan bunga api disorok dalam kontena terbabit.

"Polis berjaya menahan enam lelaki yang dipercayai ada kaitan dengan penyeludupan tersebut," katanya.

Kesemua suspek dan hasil rampasan dibawa ke Balai Polis Air Itam untuk siasatan lanjut.

Sorok Mercun Dalam Kontena
Sumber : Keratan Akhbar Sinar Harian

ArticlePublished 18 Jun 2014 7.47 AMUpdated 15 Aug 2026 7.36 PM