Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sorok Heroin Dalam Batang Besi Lima Suspek Diberkas

Published: 16 Jun 2016 2.34 AM Updated: 15 Aug 2026 7.26 PM
Taktik licik sekumpulan lima le-laki tempatan menyembunyikan dadah heroin di dalam batang besi untuk diseludup ke Australia menggunakan kontena terbongkar apabila mereka ditahan di hadapan pintu masuk Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah dekat sini kelmarin. Dalam serbuan itu, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) merampas 72 ketulan mampat disyaki dadah jenis heroin s
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sorok-heroin-dalam-batang-besi-lima-suspek-diberkas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:28 MYT
SOROK HEROIN DALAM BATANG BESI, LIMA SUSPEK DIBERKAS
Taktik licik sekumpulan lima le-laki tempatan menyembunyikan dadah heroin di dalam batang besi untuk diseludup ke Australia menggunakan kontena terbongkar apabila mereka ditahan di hadapan pintu masuk Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah dekat sini kelmarin.

Dalam serbuan itu, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) merampas 72 ketulan mampat disyaki dadah jenis heroin seberat 27.5 kilogram (kg) bernilai RM2.1 juta di dalam tiga batang besi. 

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd. berkata, sebelum tangkapan pada pukul 1.15 petang, kesemua lelaki berusia antara 35 hingga 40 tahun dikesan berada di dalam se-buah kereta Proton Perdana di hadapan pintu masuk pelabuhan tersebut. 

Menurutnya, suspek-suspek terbabit dipercayai sedang menunjukkan cara dadah heroin disorok di dalam batang besi pada sidang akhbar di Johor Bahru semalam. 

"Selepas suspek diberkas, hasil pemeriksaan rapi ke atas kesemua kontena menemui tiga batang besi dadah jenis heroin bergred tinggi untuk pasaran antarabangsa di dalam salah sebuah kontena," katanya pada sidang akhbar di Bilik Media IPK Johor di sini semalam. 

Tambah beliau, ini merupakan kes pertama yang dikesan pihak polis Johor membabitkan penyeludupan dadah terbesar ke Australia yang mana sebelum ini dadah hanya diseludup ke negara-negara jiran terdekat seperti Indonesia dan Singapura dalam skala kecil. 

Kesemua suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mem-bawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Sumber : Kosmo
ArticlePublished 16 Jun 2016 2.34 AMUpdated 15 Aug 2026 7.26 PM