Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sorok Dadah Dalam Ubi

Diterbitkan: 11 Jul 2014 2.23 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah berjaya merampas sejumlah dadah syabu yang disorokkan di dalam dua ketul ubi dalam pemeriksaan ke atas ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sorok-dadah-dalam-ubi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:42 MYT
SOROK DADAH DALAM UBI

Sepang, 8 Julai –Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah berjaya merampas sejumlah dadah syabu yang disorokkan di dalam dua ketul ubi dalam pemeriksaan ke atas bagasi-bagasi yang tidak dituntut di Pejabat Lost & Found KLIA pada bulan lalu.

Sebelum itu, di lokasi pemeriksaan yang sama juga, JSJN KLIA berjaya merampas sejumlah dadah syabu yang disembunyikan dalam tangkai beg troli yang tidak dituntut.

Jumlah rampasan adalah 1.9 kilogram dan dianggarkan bernilai RM280,000.

Pihak polis percaya dadah-dadah yang dirampas ini telah ditinggalkan oleh kurier sindiket dadah terbabit setelah menyedari kehadiran pihak berkuasa yang membuat pemerhatian di kawasan KLIA, Sepang.

Siasatan lanjut kini sedang dijalankan bagi mengesan individu-individu yang terlibat.
ArtikelDiterbitkan 11 Jul 2014 2.23 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM