Tiga lelaki berumur di antara 20 hingga 50 tahun ditahan polis di sebuah rumah di taman perumahan Bukit Siput, Segamat pada Sabtu lalu.
Taktik mereka menyorok dadah di atas siling rumah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa terbongkar apabila diserbu polis.
Kesemua dadah ditemui disorokkan di atas siling rumah dan sebahagian lagi di ruang tamu rumah suspek. Ketiga-tiga suspek itu didapati positif dadah jenis amphetamine.
Sumber : Kosmo