Bukit Aman - 10 Jun 2008 - Kelab Pencegahan Jenayah dari Sek. Men. Keb. Seri Raub, Pahang telah membuat lawatan ke Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman. Kedatangan Rombongan tersebut telah disambut mesra oleh Penguasa Perhubungan Awam, Supt. Rasdi Bin Ramli, pegawai-pegawai, anggota-anggota serta kakitangan awam Cawangan Perhubungan Awam Polis Diraja Malaysia, di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman.
Rombongan pelajar-pelajar itu diketuai oleh En. Abd Rahman Bin Sani, selaku Penasihat Kelab Pencegahan Jenayah sekolah tersebut. Mereka telah diberi peluang untuk melawat Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman dan juga diberi taklimat "Kerjaya Polis" yang disampaikan oleh Cif Insp. Saipul Anuar Bin Razali dari Cawangan Perhubungan Awam Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman.

Penguasa Perhubungan Awam, Supt. Rasdi Bin Ramli sedang melayan pelajar-pelajar semasa jamuan minum pagi.

Cenderahati... En. Abd Rahman Bin Sani menyampaikan cenderahati kepada Penguasa Perhubungan Awam, Supt. Rasdi Bin Ramli.

Gambar kenangan... Pelajar-pelajar dari Kelab Pencegahan Jenayah dari Sek. Men. Keb. Seri Raub, Pahang bergambar kenangan di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman.
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article
Smk Seri Raub Melawat Bukit Aman
Bukit Aman - 10 Jun 2008 - Kelab Pencegahan Jenayah dari Sek. Men. Keb. Seri Raub, Pahang telah membuat lawatan ke Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/smk-seri-raub-melawat-bukit-aman
Scan to view the latest live version.