Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Smk Balung Ditutup Ekoran Helikopter Jatuh

Published: 04 Oct 2016 7.15 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Tawau, 4 Okt 2016 - Sekolah Menengah Kebangsaan Balung di sini ditutup hari ini bagi membolehkan pihak polis melakukan pemantauan berhubung kejadian sebuah helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terjatuh ke atas bumbung Pusat Kemahiraan Hidup sekolah itu pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/smk-balung-ditutup-ekoran-helikopter-jatuh
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:59 MYT

Tawau, 4 Okt 2016 - Sekolah Menengah Kebangsaan Balung di sini ditutup hari ini bagi membolehkan pihak polis melakukan pemantauan berhubung kejadian sebuah helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terjatuh ke atas bumbung Pusat Kemahiraan Hidup sekolah itu pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus memberitahu pemberita di tempat kejadian, pihak bomba dan penyelamat serta agensi seperti Angkatan Pertahanan Awam dan Hospital Tawau telah membuka pusat kawalan operasi bagi menjalankan tugas pemantauan.

Beliau berkata turut memantau ialah Jabatan Pendidikan Negeri.

"Kita mendapat laporan terdapat beberapa pelajar trauma susulan
kejadian itu kerana ia berlaku ketika sesi pembelajaran," katanya.

Selain bumbung pusat itu, difahamkan sebuah dewan yang sedang dalam pembinaan turut rosak.

Seorang guru ynag enggan dikenali berkata beliau sedang mengajar apabila terdengar bunyi dentuman kuat.

"Tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman kuat yang saya agak datang tidak jauh dari pejabat guru," katanya.

Kejadian melibatkan sebuah bangunan tiga tingkat yang menempatkan kelas Tingkatan 4 dan 5.- BERNAMA

ArticlePublished 04 Oct 2016 7.15 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM