Skuad Bola Pdrm Mahu Bedil Skuad Perak Malam Ini
Skuad bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil sikap berhati-hati apabila turun menentang Perak pada aksi peringkat Kumpulan C kempen Piala Malaysia 2016 di Stadium Ipoh, Perak malam ini.
Meskipun skuad PDRM diundi bersama Johor Darul Takzim, PKNS dan Perak, Pengendali skuad PDRM iaitu Mohd Fauzi Pilus yakin saingan tetap terbuka dan skuad PDRM akan terus memberi tentangan di musim ini.
Kehadiran beberapa muka baharu dalam skuad PDRM juga mampu menampilkan rentak yang lebih bertenaga, sekaligus berpeluang untuk mara ke peringkat seterusnya. InsyaAllah
Sumber: Kosmo