Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Skmm Terima 10 Aduan Penggunaan Media Sosial Galak Sertai Is Pada 2014

Diterbitkan: 13 Apr 2015 8.58 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 13 April - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerima 10 aduan pada tahun lepas berhubung penyalahgunaan media sosial yang bertujuan mempengaruhi dan menggalakkan rakyat Malaysia menyertai militan IS.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/skmm-terima-10-aduan-penggunaan-media-sosial-galak-sertai-is-pada-2014
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:58 MYT

Kuala Lumpur, 13 April - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerima 10 aduan pada tahun lepas berhubung penyalahgunaan media sosial yang bertujuan mempengaruhi dan menggalakkan rakyat Malaysia menyertai militan IS.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata, semua aduan tersebut telahpun diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia untuk tindakan.

Katanya, antara 2012 hingga kini SKMM telah membuka sebanyak 283 kertas siasatan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia berkaitan penyalahgunaan media sosial yang melibatkan komen-komen dan tulisan.

"Daripada jumlah itu sebanyak 25 kes telah didakwa di mahkamah," katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Lim Nget Yoon yang ingin tahu langkah-langkah kerajaan mengawal penyalahgunaan media sosial seperti Facebook dalam internet.

Menjelas lanjut, Jailani berkata antara sebab utama penyalahgunaan media sosial adalah terdapat segelintir kumpulan yang cuba mensensasikan sesuatu isu untuk kepentingan diri.

Katanya, dalam hal ini kementerian menggunakan pendekatan bersepadu, holistik dan mapan untuk menguruskan penggunaan internet dan kesan penyalahgunaannya kepada negara.

Katanya, antara pendekatan itu adalah dengan penambahbaikan peruntukan undang-undang Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang kini disemak dan dijangka dibentangkan ke Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, tidak semua kes yang disiasat SKMM berakhir dengan pendakwaan dengan SKMM turut mengambil pendekatan 'pentadbiran' terhadap pembekal perkhidmatan di internet seperti sekatan akses kepada laman sesawang yang menyalahi atau cuba menyalahi undang-undang negara.

"Untuk rekod, pada 2014 sebanyak 1,409 laman web yang telah disekat kerana menyalahi pelbagai undang-undang bertulis negara," katanya.

Selain itu, Jailani berkata bagi terus mengawal penyalahgunaan media sosial, kerajaan melaksanakan pelan strategik jangka panjang termasuk membangunkan pasukan forensik SKMM, mengadakan program kesedaran secara berkesan dan memantapkan fungsi biro aduan SKMM.

BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 13 Apr 2015 8.58 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM