Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Skim Penipuan Ponzi

Diterbitkan: 21 Aug 2014 2.14 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Skim Penipuan Ponzi selalunya menggambarkan bahawa skim mereka adalah peluang pelaburan yang menguntungkan. Skim ini selalunya berfungsi mengikut sistem piramid, wang yang diterima daripada ahli baru akan digunakan untuk membayar ahli sedia ada, apabila tiada ahli baru seluruh skim akan gagal.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/skim-penipuan-ponzi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:38 MYT

SCAM ALERT: Skim Penipuan Ponzi selalunya menggambarkan bahawa skim mereka adalah peluang pelaburan yang menguntungkan. Skim ini selalunya berfungsi mengikut sistem piramid, wang yang diterima daripada ahli baru akan digunakan untuk membayar ahli sedia ada, apabila tiada ahli baru seluruh skim akan gagal.

Terdapat 5 tanda-tanda untuk mengenalpasti skim pelaburan Ponzi:

1. Skim ini menjanjikan pulangan tinggi daripada pelaburan kecil tanpa sebarang risiko
2. Ahli dijanjikan komisyen apabila berjaya membawa rakan atau ahli keluarga untuk melabur
3. Skim ini selalunya memerlukan bayaran pendahuluan
4. Syarikat mereka mendaftar tetapi perniagaan mereka tidak dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 
5.Ahli dijanjikan pulangan yang lebih tinggi jika mereka membenarkan syarikat menyimpan produk yang ditawarkan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi BNMTELELINK di talian 1-300-88-5465 atau email kepada bnmtelelink@bnm.gov.my.

Sumber: Bank Negara Malaysia.

Skim Penipuan Ponzi

ArtikelDiterbitkan 21 Aug 2014 2.14 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM