Sistem Tracking Online Dan Online Reporting Akan Dilaksa
Seremban, 25 Julai - Polis Diraja Malaysia menyasar untuk melaksanakan
sistem 'tracking online' akhir September depan, kata Pengarah Jabatan
Pencegahan dan Pembenterasan Jenayah Datuk Wira Ayub Yaakob.
Katanya sistem tracking online maknanya pengadu boleh memeriksa kemajuan siasatan yang dijalankan. Ini mungkin kita
bangunkan di mana setiap orang yang buat laporan itu mungkin kita
berikan kata laluan tertentu sebab siasatan adalah rahsia, hanya pengadu
sahaja yang boleh mengetahui.
"Projek pilot ini sudah dilaksanakan di Kuala Lumpur. Hasil dari keberkesanan
tracking online ini akan kita laksanakan ke seluruh negara. Kita memang
sudah ada peruntukan untuk itu dan sistem ini sedang dibangunkan dan
jika tiada apa-apa halangan termasuk dari aspek perundangan dan
sebagainya, ia boleh
siap
akhir tahun ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program
'High Profile Policing' bersama komuniti Senawang di sini, hari ini.
Turut
hadir ialah Timbalan Pengarah Jabatan Pencegahan Pembenterasan Jenayah
Datuk Rusli Ahmad dan Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh.
Ayub sebelum itu mendengar taklimat dan berdailog berkaitan jabatan barunya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri di sini.
Ayub
berkata sistem ini dan termasuk juga sistem online reporting sedang
dibangunkan dan cuma ada beberapa perkara yang perlu diteliti sebelum ia
dilaksanakan sepenuhnya hujung tahun ini.
Katanya
ada beberapa perkara yang perlu dikaji kerana untuk sistem online
reporting, apabila hendak membuat laporan ia perlu tandatangan pengadu.
"Kalau
nak buat laporan mesti ada tandatangan pengadu, jadi kita kena tengok
dari aspek perundangan. Bukan semua kes boleh dibuat dalam online
reporting ini, ia mungkin kes-kes tertentu dan untuk peringkat awal ini
mungkin libatkan kes kemalangan jalan raya yang tidak memerlukan
tandatangan pengadu.
"......dan
dalam separuh kes kita, walaupun online tapi masih hendakkan orang itu
datang untuk mendapatkan maklumat lanjut dan perlu disiasat dan
sebagainya," katanya.
Sumber : BERNAMA