Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Siri Lawatan Kerja Timbalan Kpn Ke Kontinjen Labuh Tirai Di Kuala Lumpur

Published: 22 Dec 2021 7.38 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 22 Disember 2021 - Bagai sireh pulang ke gagang, Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN) DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim yang pernah menjawat jawatan Ketua Polis kota metropolitan itu menyempurnakan siri jelajahnya ke kontinjen di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/siri-lawatan-kerja-timbalan-kpn-ke-kontinjen-labuh-tirai-di-kuala-lumpur
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:06 MYT
Kuala Lumpur, 22 Disember 2021 - Bagai sireh pulang ke gagang, Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN) DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim yang pernah menjawat jawatan Ketua Polis kota metropolitan itu menyempurnakan siri jelajahnya ke kontinjen di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, pagi tadi.

Ketibaan beliau bersama isteri merangkap Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Malaysia (PERKEP), Datin Seri Hjh. Anizah Musa di Dataran Kawad IPK Kuala Lumpur telah disambut oleh Ketua Polis negeri, CP Dato' Azmi Abu Kassim bersama timbalannya, DCP Dato' Yahaya Othman, sebelum membuat pemeriksaan baris ke atas kawalan kehormatan utama dan menandatangani buku pelawat.

Datuk Seri Hj. Mazlan seterusnya di bawa ke Foyer A, IPK untuk menyampaikan amanat kepada warga Polis Kuala Lumpur. Dalam amanatnya, beliau menyeru setiap warga Pasukan untuk terus memperkasa integriti, memantapkan penyampaian perkhidmatan dan mendukung usaha kerajaan dalam mengekalkan kesejahteraan masyarakat di ibu negeri itu.

Dalam majlis yang sama, Timbalan KPN turut berbesar hati menyampaikan sijil penghargaan kepada 40 penerima atas komitmen dan kesungguhan dalam perkhidmatan yang telah mereka pamerkan sepanjang tahun ini. Turut berlangsung ialah penyampaian sumbangan kebajikan kepada 31 orang penerima asnaf Polis Diraja Malaysia.

Hadir sama dalam lawatan kerja tersebut, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Hal Ehwal Pesara), DCP Datuk Hj. Sulaiman Salleh, Timbalan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (Agama dan Kaunseling), DCP Tuan Sulaiman Yahaya dan Setiausaha Polis Malaysia, DCP Tuan Ruslan Khalid.

Jurugambar: Lans Koperal Muhamad Izqhar Zainal Abidin & Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin.

May be an image of 4 people, people standing and text

May be an image of 7 people, people standing and outdoors

May be an image of 2 people, people standing and indoor

May be an image of 8 people, people standing and outdoors

May be an image of 8 people and people standing

May be an image of 10 people, people standing, people sitting, headscarf and indoor

May be an image of 1 person, standing and text

May be an image of 3 people, people standing and text

May be an image of 4 people, people standing, indoor and text that says 'BAT POLIS KONTINJE' UALA LUMPUR'

May be an image of 3 people, people standing and indoor

May be an image of 3 people, people standing and text that says 'IBU'

May be an image of 6 people, people standing and headscarf

May be an image of 4 people, people standing and text that says 'NN 心 YDHDIG DATUK SERI HJ. MAZLAN BIN LAZ TIMBALAN KETUAPOLIS NEGARA YBHG. DATIN SERI AN
ArticlePublished 22 Dec 2021 7.38 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM