Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Siri Jelajah Esscom Bersama Rakyat Melabuh Tirainya

Published: 17 Dec 2017 1.19 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kinabatangan, 17 Disember 2017 - Pasukan Petugas Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang dianggotai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terus mendekati masyarakat melalui Program Semarak Rakyat Bersama ESSCOM bertempat di Dataran Pekan Kota Kinabatangan Sabah, dekat sini, semalam. Daerah Kinabatangan merupakan destinasi terakhir siri Jelajah Program Semarak Rakyat Bersama ESSCOM-Sabah Tanah Airku selepas ianya diadakan di Kudat, Kota Marudu dan Beluran.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/siri-jelajah-esscom-bersama-rakyat-melabuh-tirainya
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:26 MYT
SIRI JELAJAH ESSCOM BERSAMA RAKYAT MELABUH TIRAINYA

Kinabatangan, 17 Disember 2017 - Pasukan Petugas Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang dianggotai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terus mendekati masyarakat melalui Program Semarak Rakyat Bersama ESSCOM bertempat di Dataran Pekan Kota Kinabatangan Sabah, dekat sini, semalam. Daerah Kinabatangan merupakan destinasi terakhir siri Jelajah Program Semarak Rakyat Bersama ESSCOM-Sabah Tanah Airku selepas ianya diadakan di Kudat, Kota Marudu dan Beluran.

Komander ESSCOM, DCP Dato Hazani Ghazali dalam ucapannya berkata, program seumpama ini dapat mewujudkan hubungan secara langsung dengan masyarakat selain memberikan penerangan tentang fungsi dan peranan ESSCOM. "Saya menyeru penduduk di Kinabatangan ini supaya bersama-sama ESSCOM memelihara keamanan, kesejahteraan dan kedaulatan negara khususnya di Pantai Timur Sabah yang telah dikecapi sekian lama," kata beliau di dalam ucapannya.

Pelbagai aktiviti dan perkhidmatan dari agensi-agensi kerajaan disediakan kepada masyarakat setempat seperti pendaftaran ahli Volunteer Smartphone Patrol (VSP) PDRM, pendaftaran menyertai Perajurit Muda Askar Wataniah, semakan saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), demonstrasi menyelamatkan tebusan oleh Tiger Platoon Briged Sabah, Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan kerjasama Strike Team Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan, pertunjukkan senaman berunsurkan seni bela diri oleh Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Kinabatangan, aktiviti berunsur kemasyarakatan dan persembahan dari artis tempatan.

Dalam pada itu, para pengunjung turut didedahkan mengenai Portal Sebenar.My yang berfungsi sebagai sebuah pusat sehenti bagi masyarakat mendapatkan pengesahan maklumat dan fakta berkaitan dengan berita yang tidak ditentusahkan atau palsu yang sering menular dalam talian atau media sosial.

Turut hadir pada program tersebut adalah Pengerusi FELCRA merangkap Ahli Parlimen Kinabatangan, Dato' Sri Bung Moktar Radin, Pembantu Menteri Belia Dan Sukan Negeri Sabah merangkap Adun Kuamut, Datuk Masiung Banah, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, DCP Dato' Razaruddin Hussain , Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM, Tuan Noor Alam Khan A. Wahid Khan, Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Abdul Sahak Rahmat, Pegawai Daerah Kinabatangan, Encik Yassin Nasir, warga PDRM, ATM, APMM, rakan-rakan agensi lain serta pengamal media.

Gambar sekitar  Program Semarak Rakyat Bersama ESSCOM bertempat di Dataran Pekan Kota Kinabatangan Sabah
IMG_9650_MG_5215_MG_53390S7A75010S7A7277_MG_5442_MG_5444
ArticlePublished 17 Dec 2017 1.19 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM