Sindiket Seludup Manusia Biar Mangsa Kebuluran
Kepala Balas - Sindiket penyeludupan manusia sanggup membiarkan tebusan mereka kelaparan dan menderita sekiranya tidak memperoleh wang yang dituntut.
Dalam kejadian terbaru awal pagi semalam, 12 kanak-kanak termasuk bayi berusia lapan bulan bersama 13 lelaki dan wanita berjaya diselamatkan selepas mereka dikurung di sebuah rumah kongsi di tapak pembinaan Persiaran Bertam, di sini, awal pagi semalam.
Mangsa yang terdiri daripada etnik Rohingya itu dikatakan dikurung sindiket yang juga rakyat senegara sejak sebulan lalu.
Menurut sumber, operasi jam 3 pagi itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota unit Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Manusia (ATIPSOM) Bukit Aman, menyerbu rumah berkenaan selepas menerima maklumat dan juga melakukan risikan.
"Dua lelaki yang juga etnik Rohingya turut ditahan untuk siasatan lanjut dan 25 mangsa berusia lapan bulan hingga 40-an berjaya diselamatkan dan siasatan mendapati mereka ini dibawa masuk melalui Thailand," katanya.
Sumber: Akhbar Harian Metro