Article
Sindiket Seludup Dan Edar Dadah Tumpas Lagi
Kalangan mereka didapati memiliki visa penuntut, memiliki pasport yang meragukan malah ada di antara mereka telah berkahwin dengan warganegara tempatan. Kesemu...
Oleh : L/Kpl Edwind Indo
Bukit Aman, 4 Disember – Hasil dalam satu operasi terancang, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman telah berjaya melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah yang aktif di Lembah Klang dengan tertangkapnya 6 lelaki warganeraga Nigeria termasuk ketua sindiket dan seorang wanita Thailand. Kesemua mereka diberkas di beberapa apartment sekitar Puchong, Selayang dan Kota Damansara.
Kalangan mereka didapati memiliki visa penuntut, memiliki pasport yang meragukan malah ada di antara mereka telah berkahwin dengan warganegara tempatan. Kesemua mereka yang ditangkap berumur antara 24 – 48 tahun. Kesalahan disabit mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Rawatan Dan Pemulihan) 1952.
Sejumlah 4.9 KG dadah Heroin dan 85.5 GM Syabu berjaya dirampas. Sindiket pengedaran ini turut terlibat dalam pasaran luar negara dengan mempunyai ahli-ahli rangkaian seperti India, Pakistan, China, Indonesia dan Vietnam.
"Dengan kejayaan terbaru ini, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM telah berjaya melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang aktif di negara ini", ujar YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman.
Turut hadir Pegawai Kanan Polis dan rakan media.
Dadah jenis Heroin yang telah dirampas

Dadah jenis Syabu yang telah dirampas

YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman

Antara Pegawai Kanan Polis dan Rakan Media yang hadir

YDH Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik menunjukkan dadah yang dirampas