Sindiket Pengedaran Dadah Warga Pakistan Lumpuh

SINDIKET
PENGEDARAN DADAH WARGA PAKISTAN LUMPUH : Hasil serbuan sepasukan
pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman di sebuah
rumah kedai di Taman Puncak Jalil, Bandar Putra Permai , Seri Kembangan
petang semalam berjaya menahan 2 dalang warganegara Pakistan berumur 28
dan 30 tahun yang menjalankan aktiviti pengedaran dadah secara
bersindiket.
Polis
turut merampas 227 kotak pelbagai jenis barangan (baju kemeja, tuala,
cadar 'comforter' dan selimut) serta menemui 155 bungkusan heroin jenis
‘high grade’ seberat 158.47 kg bernilai RM110 juta. Suspek menyorokkan
heroin tersebut di dalam selimut dan cadar bagi mengaburi prosedur
pemeriksaan barang yang dibawa masuk ke negara ini melalui jalan laut
untuk diagih dan dipasarkan kepada sindiket warganegara Afrika di sini
dan pasaran luar Malaysia.