Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sindiket Pengedaran Dadah Warga Pakistan Lumpuh

Published: 16 Jun 2014 4.12 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Hasil serbuan sepasukan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman di sebuah rumah kedai di Taman Puncak Jalil, Bandar Putra Permai , Seri Kembangan petang semalam berjaya menahan 2 d..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sindiket-pengedaran-dadah-warga-pakistan-lumpuh
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:58 MYT

Sindiket Pengedaran Dadah Warga Pakistan Lumpuh

SINDIKET PENGEDARAN DADAH WARGA PAKISTAN LUMPUH : Hasil serbuan sepasukan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman di sebuah rumah kedai di Taman Puncak Jalil, Bandar Putra Permai , Seri Kembangan petang semalam berjaya menahan 2 dalang warganegara Pakistan berumur 28 dan 30 tahun yang menjalankan aktiviti pengedaran dadah secara bersindiket.

Polis turut merampas 227 kotak pelbagai jenis barangan (baju kemeja, tuala, cadar 'comforter' dan selimut) serta menemui 155 bungkusan heroin jenis ‘high grade’ seberat 158.47 kg bernilai RM110 juta. Suspek menyorokkan heroin tersebut di dalam selimut dan cadar bagi mengaburi prosedur pemeriksaan barang yang dibawa masuk ke negara ini melalui jalan laut untuk diagih dan dipasarkan kepada sindiket warganegara Afrika di sini dan pasaran luar Malaysia.

ArticlePublished 16 Jun 2014 4.12 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM