Sindiket Pemprosesan Dadah Tumpas 20140618
Bukit
Aman, 21 Okt. - Satu lagi kejayaan pihak JSJN BA dalam menumpaskan
sindiket pemprosesan dan pengedaran dadah jenis syabu di sekitar kawasan
Lembah Klang dengan rampasan sebanyak 89.32 kg cecair dadah syabu yang
dianggarkan bernilai RM17.86 juta.
Sindiket
tersebut ditumpaskan dengan tertangkapnya 1 lelaki India, 1 lelaki Sikh
dan 2 lelaki warganegara Iran dalam dua serbuan yang dijalankan di
sebuah gudang di kampung Padang Jawa, Klang, Selangor dan di kawasan
Petaling Jaya.
Kesemua
suspek berusia lingkungan 23 hingga 34 tahun dan telah ditahan reman
untuk membantu siasatan dibawah Sek. 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952
yang akan membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.









Sumber : Unit Portal Dan Facebook Rasmi Bukit Aman