Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sindiket Pemalsuan Kad Kredit Tumpas

Published: 17 Jun 2014 12.49 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis Pulau Pinang berjaya menahan lima lelaki yang terlibat dalam sindiket pemalsuan kad kredit dalam beberapa serbuan berasingan yang membabitkan kerugian kira-kira RM1 juta dan merampas 18 keping k..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sindiket-pemalsuan-kad-kredit-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:01 MYT

SINDIKET PEMALSUAN KAD KREDIT TUMPAS: Polis Pulau Pinang berjaya menahan lima lelaki yang terlibat dalam sindiket pemalsuan kad kredit dalam beberapa serbuan berasingan yang membabitkan kerugian kira-kira RM1 juta dan merampas 18 keping kad kredit pelbagai bank, kad sim, enam telefon bimbit, mesin faks, lapan keping surat penyata kad kredit serta pelbagai dokumen berkaitan.

Bagaimanapun polis masih memburu seorang lagi anggota sindiket iaitu, Ooi Seang Hock, berusia 30-an bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara tidak kurang satu tahun dan tidak melebihi 10 tahun dan disebat atau denda jika sabit kesalahan. 

Orang ramai dinasihatkan memohon kad kredit melalui saluran betul dan tidak menggunakan perkhidmatan agen serta memastikan salinan kad pengenalan dipalang sebelum menyerahkannya kepada bank.

Sumber : Akhbar Sinar Harian
Sindiket Pemalsuan Kad Kredit Tumpas

ArticlePublished 17 Jun 2014 12.49 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM