Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sindiket Pelacur Di Sebuah Rumah Di Taman Lip Sin Tumpas

Diterbitkan: 23 Jul 2015 8.05 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Taktik sindiket pelacuran yang menjadikan sebuah rumah sebagai tempat operasi mereka bagi mengelak dikesan pihak berkuasa tidak berjaya selepas kediaman di Taman Lip Sin, di sini diserbu polis semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sindiket-pelacur-di-sebuah-rumah-di-taman-lip-sin-tumpas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:20 MYT

George Town, 11 Julai - Taktik sindiket pelacuran yang menjadikan sebuah rumah sebagai tempat operasi mereka bagi mengelak dikesan pihak berkuasa tidak berjaya selepas kediaman di Taman Lip Sin, di sini diserbu polis semalam.

Ketua Polis daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, sepasukan polis menyerbu rumah jenis pangsapuri berkenaan kira-kira 4 petang semalam.

"Semasa serbuan itu terdapat lima wanita warga Thailand berusia 29 tahun hingga 37 tahun yang dipercayai bekerja sebagai pelacur di rumah berkenaan.

"Polis turut menahan seorang lelaki berusia 34 tahun yang dipercayai pelanggan kepada pelacur warga asing itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata dalam serbuan itu, polis turut merampas enam keping kondom, tilam dan pelbagai peralatan lain yang dipercayai digunakan untuk aktiviti perlacuran.

Mior Faridalatrash berkata sindiket berkenaan dipercayai menggunakan rumah berkenaan untuk aktiviti pelacuran sejak beberapa bulan lepas.

Katanya siasatan awal dipercayai sindiket itu didalangi warga tempatan dan usaha mengesan ketua sindiket itu giat dijalankan.

Katanya lima wanita berkenaan yang turut menyalah guna pas lawatan sosial kini direman mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1959/63. - BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 23 Jul 2015 8.05 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM