Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

197 Warga Asing Diperiksa Dalam Op Rantau Di Daerah Timur Laut

Diterbitkan: 23 Jul 2015 8.10 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Sebanyak 197 warga asing termasuk dua wanita diperiksa dalam serbuan di empat tapak pembinaan sekitar daerah Timur Laut, di sini malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/197-warga-asing-diperiksa-dalam-op-rantau-di-daerah-timur-laut
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:37 MYT

George Town, 11 Julai - Sebanyak 197 warga asing termasuk dua wanita diperiksa dalam serbuan di empat tapak pembinaan sekitar daerah Timur Laut, di sini malam tadi.

Ketua Polis daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata hasil pemeriksaan menerusi Op Rantau itu, polis menahan 29 lelaki warga Bangladesh dan Myanmar.

"Dalam operasi yang bermula 11 malam itu, kami menjalankan serbuan di empat tapak pembinaan iaitu di Bandar Sri Tanjung Pinang, Jalan Jelutong, Jalan Paya Terubong dan Jalan Mount Erskine.

"Seramai 197 warga asing diperiksa dan 29 daripada mereka ditahan selepas pemeriksaan mendapati mereka tiada dokumen perjalanan yang sah serta tinggal lebih masa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata 18 lelaki Myanmar dan 11 lelaki Bangladesh berusia 20 hingga 45 tahun itu dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk didokumentasi sebelum dihantar ke Depoh Tahanan Juru.

Mior Faridalatrash berkata warga asing yang ditahan itu disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Imgresen 1959/63.

Katanya operasi itu membabitkan 44 pegawai dan anggota polis, penguat kuasa Jabatan Imigresen dan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. - BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 23 Jul 2015 8.10 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM