Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sindiket Pecah Rumah Dan Curi Kenderaan Tumpas

Published: 19 Jun 2014 2.16 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Johor Bahru, 4 Feb - Kejayaan pasukan polis IPD Kluang berjaya menumpaskan sindiket pecah rumah dan curi kenderaan. Pada 26/2/2014 jam 3.00 pagi pihak polis telah membuat serbuan di Kg. Tengah, Layang..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sindiket-pecah-rumah-dan-curi-kenderaan-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:07 MYT

Johor Bahru, 4 Feb - Kejayaan pasukan polis IPD Kluang berjaya menumpaskan sindiket pecah rumah dan curi kenderaan. Pada 26/2/2014 jam 3.00 pagi pihak polis telah membuat serbuan di Kg. Tengah, Layang-Layang, Kluang, Johor. Dalam serbuan ini, seorang perempuan berumur 19 tahun telah ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kes pecah rumah.

Hasil daripada penangkapan, pada 27/2/2014 jam 3.00 pagi, telah membawa kepada penangkapan 1 lelaki berumur 21 tahun merupakan rakan sejenayah saspek di Jalan Layang-Layang-Bukit Batu, Layang-Layang, Kluang.

Semakan rekod jenayah lalu salah seorang saspek mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan kes dadah. Kedua-dua saspek ditahan reman sehingga 4/3/2014. Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara yang boleh sampai 14 tahun, denda dan sebatan.

Sindiket Pecah Rumah Dan Curi Kenderaan Tumpas
Sindiket Pecah Rumah Dan Curi Kenderaan Tumpas
Sindiket Pecah Rumah Dan Curi Kenderaan Tumpas

Sumber : Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor

ArticlePublished 19 Jun 2014 2.16 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM