Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sindiket Palsukan Dokumen Tumpas

Published: 19 Jun 2014 2.36 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis berjaya membongkar kegiatan pemalsuan pasport dan permit kerja warga asing selepas menahan seorang lelaki warga Pakistan menerusi Ops Bersepadu Khas Merentasi Agensi, bau-baru ini...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sindiket-palsukan-dokumen-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:59 MYT

Polis berjaya membongkar kegiatan pemalsuan pasport dan permit kerja warga asing selepas menahan seorang lelaki warga Pakistan menerusi Ops Bersepadu Khas Merentasi Agensi, bau-baru ini.

Suspek berusia 31 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di pos kawalan sebuah kilang di kawasan perindustrian Senai ditahan di tempat kerjanya jam 7.30 malam.

Pemeriksaan ke atas lelaki berkenaan mendapati dia tidak memiliki dokumen perjalanan diri yang sah selain disyaki menjalankan aktiviti memalsukan dokumen perjalanan diri warga asing lain dengan mengubah suai maklumat dan mengambil upah sekitar RM30 hingga RM120.

Pelbagai barang turut dirampas yang disyaki digunakan untuk kegiatan berkenaan termasuk telefon bimbit, komputer riba, alat pengimbas, beg, salinan 33 pasport dan permit kerja. Suspek ditahan reman di bawah Akta Imigresen dan siasatan juga dijalankan di bawah Seksyen 12 A Akta Pasport.

Sindiket Palsukan Dokumen Tumpas
Sumber : Keratan Akhbar Sinar Harian

ArticlePublished 19 Jun 2014 2.36 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM