Sindiket Kutip Derma Peroleh Lebih Rm500 000 Sejak Dua Tahun
"Mereka mendakwa mengutip derma untuk tabung pembinaan tambahan asrama dan surau sebuah pertubuhan anak yatim di Simpang Pulai," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata tangkapan itu susulan aduan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) pada 20 Feb lepas dan hasil siasatan pasukan khas yang ditubuhkan untuk menyiasat kes itu.
Katanya berdasarkan buku resit yang dirampas daripada suspek, kedua-dua wanita itu berjaya mengutip kira-kira RM5,700 sejak Januari lepas daripada beberapa buah sekolah dan orang persendirian.
Maszely berkata mereka aktif membuat kutipan di sekitar Ipoh, Taiping, Selama, Kuala Kangsar dan Kulim.
"Kedua-dua suspek pernah bekerja memungut derma untuk pertubuhan itu dan mereka memperoleh permit yang sah pada tahun 2011. Tetapi permit itu hanya sah digunakan dalam tempoh tiga bulan sahaja," katanya.
Beliau berkata kedua-dua suspek direman tiga hari mulai hari ini.Polis juga menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan mana-mana pengutip derma individu atau pertubuhan bagi memastikan mereka tidak ditipu. - BERNAMA