Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sindiket Edar Dadah Di Kuil Tumpas

Published: 17 Jun 2014 1.18 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
SHAH ALAM 13 Ogos - Polis menumpaskan satu sindiket dadah yang menjadikan kuil sebagai lokasi pengedaran selepas menahan enam ahli kumpulan itu dalam serbuan di Gombak kelmarin...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sindiket-edar-dadah-di-kuil-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:56 MYT

SHAH ALAM 13 Ogos - Polis menumpaskan satu sindiket dadah yang menjadikan kuil sebagai lokasi pengedaran selepas menahan enam ahli kumpulan itu dalam serbuan di Gombak kelmarin.

Serbuan yang dibuat di kuil dan sebuah pangsapuri itu menemui sejumlah 12.74 kilogram dadah jenis heroin dan ketamin yang dianggarkan bernilai kira-kira RM500,000.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, empat daripada suspek ditahan di tempat letak kereta Kuil Sri Subramaniam, Batu Caves kira-kira pukul 1.30 petang.

Menurut beliau, pemeriksaan polis di sebuah kereta yang dinaiki suspek berjaya menemui satu beg plastik hitam mengandungi ketulan dadah dipercayai heroin seberat kira-kira 3.63 kilogram.

"Hasil soal siasat menerusi tangkapan itu membawa polis ke sebuah pangsapuri di Gombak dan di sana, polis menahan dua lagi lelaki dipercayai ahli sindiket pengedaran dadah tersebut.

"Polis turut menemui dua peket plastik berisi ketulan dadah heroin seberat 348 gram, 13 peket plastik besar berisi 8.76 kilogram ketamin selain beberapa botol mengandungi bahan memproses dadah di pangsapuri berkenaan," katanya pada sidang akhbar di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk A. Thaiveegan; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Asisten Komisioner Nordin Kadir.

Tun Hisan berkata, polis mendapati sindiket itu menjadikan kuil sebagai tempat mereka mengedar dadah kerana mungkin beranggapan lokasi tersebut selamat.

Tambahnya, kesemua suspek yang ditahan berusia antara 21 hingga 36 tahun dan hasil ujian air kencing mendapati tiga daripada mereka positif mengambil dadah. Tun Hisan berkata, kesemua suspek kini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

ArticlePublished 17 Jun 2014 1.18 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM