Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sindiket Dvd Haram Tumpas

Published: 18 Jun 2014 2.56 AM Updated: 15 Aug 2026 7.38 PM
Satu sindiket cetak rompak berjaya dilumpuhkan polis dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Syabas, Bercham. Sindiket berkenaan turut terlibat dalam penjualan mercun dan bunga api secara haram untuk p..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sindiket-dvd-haram-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:04 MYT

Satu sindiket cetak rompak berjaya dilumpuhkan polis dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Syabas, Bercham. Sindiket berkenaan turut terlibat dalam penjualan mercun dan bunga api secara haram untuk pasaran tempatan.

Pelbagai barang dirampas oleh pihak polis termasuk tiga kota mengandungi sebanyak 552 DVD haram pelbagai judul termasuk lucah, lapan unit mesin penyalin, tiga komputer riba, pemain DVD, pemacu DVD, sebuah televisyen, pemacu perakam DVD (DVD-RW), dua tetikus computer dan dua wayar sambungan.

Polis turut merampas sejumlah wang tunai bernilai RM7300, kertas bersaiz A4, buku bil, sekotak DVD kosong, tiga beg plastik hitam dan sarung serta pelekat DVD.

Sindiket Dvd Haram Tumpas

Sumber : Keratan Akhbar Kosmo

ArticlePublished 18 Jun 2014 2.56 AMUpdated 15 Aug 2026 7.38 PM