Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sindiket Drug Kingpin Tumpas 9 Warganegara Nigeria Diberkas

Diterbitkan: 22 Apr 2015 9.24 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Bukit Aman, 22 April – Pihak polis berjaya melumpuhkan tiga sindiket pengedaran dadah jenis syabu berjumlah 6.4kg yang dianggarkan bernilai RM2.5 juta di sekitar kawasan Selangor semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sindiket-drug-kingpin-tumpas-9-warganegara-nigeria-diberkas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:36 MYT
Bukit Aman, 22 April – Pihak polis berjaya melumpuhkan tiga sindiket pengedaran dadah jenis syabu berjumlah 6.4kg yang dianggarkan bernilai RM2.5 juta di sekitar kawasan Selangor semalam.

Ahli sindiket dadah yang paling dikehendaki polis atau dikenali sebagai ‘Drug Kingpin’ ini mengubah laluan penyeludupan dadah iaitu dari Abuja (Nigeria) ke Negara China seterusnya ke Dubai dan Malaysia serta menjalankan kegiatan merekrut keldai dadah yang melibatkan rakyat Malaysia dan luar negara.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (Risikan/Operasi), DCP Dato' Haris Wong Bin Abdullah berkata dua serbuan telah dibuat di sebuah kondominium dan pangsapuri yang terletak di Sri Kembangan Selangor.

Hasil pemantauan dan risikan yang dijalankan, pihak polis di bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman telah berjaya menahan sembilan orang warganegara Nigeria berusia lingkungan 24 hingga 36 tahun.

Pihak polis turut menyita dua buah kenderaan (Toyota Camry dan Honda Accord) anggaran bernilai RM 150, 000 yang digunakan ahli sindiket warganegara asing tersebut dan kesemua tertuduh direman di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi siasatan lanjut.

“Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia akan terus memperhebatkan tindakan membanteras sebarang bentuk aktiviti pengedaran dadah oleh sindiket tempatan mahupun antarabangsa,” kata beliau lagi.

Kejayaan ini adalah hasil kerjasama JSJN dengan Syarikat Perkhidmatan Kurier, Australian Federal Police (AFP) dan Drug Enforcement Agency (DEA) Amerika Syarikat.

IMG_0698 copy
Dato' Haris Wong Bin Abdullah ketika sidang media.

_MG_0644 copy
Antara dadah yang dirampas

IMG_0733 copy
Antara dadah yang dirampas
ArtikelDiterbitkan 22 Apr 2015 9.24 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM