Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sindiket Dadah Tumpas Tiga Lelaki Ditahan

Diterbitkan: 20 May 2016 3.12 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.27 PM
Polis melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah di ibu negara dengan penahanan tiga lelaki di sebuah kondominium Jalan Dutamas Raya, Taman Dutamas, Selasa lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sindiket-dadah-tumpas-tiga-lelaki-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:47 MYT
SINDIKET DADAH TUMPAS, TIGA LELAKI DITAHAN: Polis melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah di ibu negara dengan penahanan tiga lelaki di sebuah kondominium Jalan Dutamas Raya, Taman Dutamas, Selasa lalu. 

Dalam serbuan kira-kira pukul 3.45 petang itu, polis merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM44,000. Turut dirampas ialah sepucuk pistol Glock buatan Australia dan 36 butir pelura hidup yang diletakkan di dalam bungkusan plastik. 

Kesemua suspek kini ditahan reman bermula semalam sehingga 23 Mei ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Sumber: Utusan Malaysia

Sindiket Dadah Tumpas Tiga Lelaki Ditahan
ArtikelDiterbitkan 20 May 2016 3.12 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.27 PM