Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sindiket Dadah Tumpas Dadah Bernilai Rm3 Juta Dirampas

Diterbitkan: 13 Oct 2014 7.35 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 13 Okt – Sebelas orang termasuk dua ketua sindiket dadah yang amat berpengaruh di Asia Tenggara ditahan oleh sepasukan Polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di sekitar Lembah Klang pada 11 Oktober lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sindiket-dadah-tumpas-dadah-bernilai-rm3-juta-dirampas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:15 MYT
Kuala Lumpur, 13 Okt – Sebelas orang termasuk dua ketua sindiket dadah yang amat berpengaruh di Asia Tenggara ditahan oleh sepasukan Polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di sekitar Lembah Klang pada 11 Oktober lalu.

Pengarah JSJN Bukit Aman, CP Dato’ Sri Noor Rashid bin Ibrahim berkata polis berjaya merampas 30.3 kilogram dadah jenis syabu yang disembunyikan dalam paket-paket makan bijirin segera di Terminal Kargo KLIA Sepang dan kesemuanya dianggarkan bernilai RM3 juta.

Kesemua yang ditahan merupakan anggota sindiket dadah warga Nigeria yang memiliki visa pas pelajar dan menetap di negara ini serta seorang wanita warga tempatan.

Beliau turut mengingatkan kepada wanita-wanita di negara ini agar jangan mudah terpedaya untuk menjadi keldai dadah demi mendapatkan habuan yang lumayan.

Kesemua suspek kini ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sindiket Dadah Tumpas Dadah Bernilai Rm3 Juta Dirampas
Pengarah JSJN Bukit Aman, CP Dato’ Sri Noor Rashid bin Ibrahim bersama Pegawai Penyiasat menunjukkan dadah yang dirampas.

Sindiket Dadah Tumpas Dadah Bernilai Rm3 Juta Dirampas
Antara dadah yang dirampas.
ArtikelDiterbitkan 13 Oct 2014 7.35 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM