Article
Sindiket Dadah Tumpas Dadah Bernilai Rm3 Juta Dirampas
Kuala Lumpur, 13 Okt – Sebelas orang termasuk dua ketua sindiket dadah yang amat berpengaruh di Asia Tenggara ditahan oleh sepasukan Polis dari Jabatan Siasata...
Kuala Lumpur, 13 Okt – Sebelas orang termasuk dua ketua sindiket dadah yang amat berpengaruh di Asia Tenggara ditahan oleh sepasukan Polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di sekitar Lembah Klang pada 11 Oktober lalu.
Pengarah JSJN Bukit Aman, CP Dato’ Sri Noor Rashid bin Ibrahim berkata polis berjaya merampas 30.3 kilogram dadah jenis syabu yang disembunyikan dalam paket-paket makan bijirin segera di Terminal Kargo KLIA Sepang dan kesemuanya dianggarkan bernilai RM3 juta.
Kesemua yang ditahan merupakan anggota sindiket dadah warga Nigeria yang memiliki visa pas pelajar dan menetap di negara ini serta seorang wanita warga tempatan.
Beliau turut mengingatkan kepada wanita-wanita di negara ini agar jangan mudah terpedaya untuk menjadi keldai dadah demi mendapatkan habuan yang lumayan.
Kesemua suspek kini ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pengarah JSJN Bukit Aman, CP Dato’ Sri Noor Rashid bin Ibrahim bersama Pegawai Penyiasat menunjukkan dadah yang dirampas.

Antara dadah yang dirampas.