Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sindiket Dadah Lumpuh

Published: 06 Aug 2015 4.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis berjaya menahan tujuh lelaki bersama 201 gram dadah jenis heroin yang bernilai kira-kira RM16,000 dalam tiga serbuan berasingan di Tanjung Lumpur, di sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sindiket-dadah-lumpuh
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:42 MYT

Kuantan - Polis berjaya menahan tujuh lelaki bersama 201 gram dadah jenis heroin yang bernilai kira-kira RM16,000 dalam tiga serbuan berasingan di Tanjung Lumpur, di sini, semalam. 

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, dengan itu sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan telah berjaya melumpuhkan sebahagian sindiket pengedaran dadah di kawasan itu dan sekitar Kuantan dalam serbuan yang bermula sejak pagi.

Hasil tangkapan tersebut, polis mendapati tiga daripada mereka merupakan pengedar atau tokan dadah di kawasan Tanjung Lumpur dan sekitarnya.

Sumber: Sinar Harian
Sindiket Dadah Lumpuh

ArticlePublished 06 Aug 2015 4.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM