Kuantan - Polis berjaya menahan tujuh lelaki bersama 201 gram dadah jenis heroin yang bernilai kira-kira RM16,000 dalam tiga serbuan berasingan di Tanjung Lumpur, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, dengan itu sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan telah berjaya melumpuhkan sebahagian sindiket pengedaran dadah di kawasan itu dan sekitar Kuantan dalam serbuan yang bermula sejak pagi.