Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sindiket Dadah Di Sarawak Ditumpaskan

Diterbitkan: 17 Jun 2014 7.50 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.44 PM
KUCHING, 18 Julai - Satu sidang media telah diadakan di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Sarawak oleh SAC Dato’ Law Hong Soon, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak berhubung kes rampasan dadah pada 17.07.2..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sindiket-dadah-di-sarawak-ditumpaskan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:40 MYT

KUCHING, 18 Julai - Satu sidang media telah diadakan di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Sarawak oleh SAC Dato' Law Hong Soon, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak berhubung kes rampasan dadah pada 17.07.2013 oleh sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayak Narkotik IPK Sarawak di tempat letak kereta apartment di kawasan MJC Batu Kawa.

Seorang lelaki Cina berumur 46 tahun telah ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum gantung mandatori.

Suspek juga didapati positif dadah hasil ujian air kencing yang telah dijalankan.

Satu beg plastik yang di dalamnya mengandungi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah syabu (berat kasar 1.025 kg) dengan anggaran harga pasaran bernilai RM250,000.00 telah dirampas.

Menurut Dato' Law dadah yang disyaki syabu tersebut diperolehi dari Kuala Lumpur untuk pasaran di Kuching, Sibu dan Bintulu yang dijual pada harga RM420.00 untuk satu gram. Polis juga turut menyita wang tunai bernilai RM111,550.00, barang kemas, jam tangan dan kereta jenis Toyota Camry dengan anggaran keseluruhan sitaan harta ialah RM311,558.00.

Semakan mendapati sabjek mempunyai rekod lampau berkaitan penyalahgunaan dadah dan pernah ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985.

Dato' Law turut menyatakan kejayaan ini dalah hasil maklumat orang ramai yang bekerjasama dengan pihak polis.

Sindiket Dadah Di Sarawak Ditumpaskan
Sindiket Dadah Di Sarawak Ditumpaskan
Sindiket Dadah Di Sarawak Ditumpaskan
Sindiket Dadah Di Sarawak Ditumpaskan

Sumber : HEA IPK SARAWAK

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 7.50 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.44 PM