Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

40 Pendatang Tanpa Izin Ditahan Ketika Cuba Keluar Menerusi

Diterbitkan: 17 Jun 2014 7.50 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.44 PM
JOHOR BAHARU, 18 Julai - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menahan 40 pendatang asing tanpa izin rakyat Indonesia ketika cuba keluar dari negara ini di Pantai Padang Lima, Kuala Sedili, dekat Kota..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/40-pendatang-tanpa-izin-ditahan-ketika-cuba-keluar-menerusi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:21 MYT

JOHOR BAHARU, 18 Julai - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menahan 40 pendatang asing tanpa izin rakyat Indonesia ketika cuba keluar dari negara ini di Pantai Padang Lima, Kuala Sedili, dekat Kota Tinggi, awal hari ini.

Komander PPM Wilayah Dua, ACP Zainul Abidin Hasan berkata kesemua 28 lelaki, 10 wanita dan dua kanak-kanak itu ditahan pada pukul 12.45 malam ketika sedang menunggu bot pancung di pantai berkenaan.

"Bertindak atas maklumat penyeludupan keluar dan masuk pendatang tanpa izin di kawasan pantai itu, sepasukan tujuh anggota PPM Wilayah Dua Pengerang dan Kuala Sedili membuat serbuan terhadap mereka menerusi Ops Landai.

"Setelah pemeriksaan dilakukan, kesemua mereka mengaku dalam cubaan pulang ke Indonesia melalui jalan yang tidak diwartakan," katanya menerusi kenyataan, di sini, hari ini.

Zainul Abidin berkata pemeriksaan mendapati kesemua mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan tinggal melebihi masa yang ditetapkan di Negara ini.

Beliau berkata kesemua yang berumur lingkungan setahun hingga 51 tahun itu dibawa ke Balai Polis Bandar Penawar, Kota Tinggi untuk tindakan lanjut.

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 7.50 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.44 PM