Sindiket Dadah Di Sarawak Ditumpaskan
KUCHING,
18 Julai - Satu sidang media telah diadakan di Pusat Media Ibu Pejabat
Polis Sarawak oleh SAC Dato' Law Hong Soon, Timbalan Pesuruhjaya Polis
Sarawak berhubung kes rampasan dadah pada 17.07.2013
oleh sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayak Narkotik IPK
Sarawak di tempat letak kereta apartment di kawasan MJC Batu Kawa.
Seorang
lelaki Cina berumur 46 tahun telah ditahan di bawah Seksyen 39B Akta
Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum gantung mandatori.
Suspek juga didapati positif dadah hasil ujian air kencing yang telah dijalankan.
Satu
beg plastik yang di dalamnya mengandungi ketulan-ketulan kristal
disyaki dadah syabu (berat kasar 1.025 kg) dengan anggaran harga pasaran
bernilai RM250,000.00 telah dirampas.
Menurut
Dato' Law dadah yang disyaki syabu tersebut diperolehi dari Kuala
Lumpur untuk pasaran di Kuching, Sibu dan Bintulu yang dijual pada harga
RM420.00 untuk satu gram. Polis juga turut menyita wang tunai bernilai
RM111,550.00, barang kemas, jam tangan dan kereta jenis Toyota Camry
dengan anggaran keseluruhan sitaan harta ialah RM311,558.00.
Semakan
mendapati sabjek mempunyai rekod lampau berkaitan penyalahgunaan dadah
dan pernah ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya Langkah-Langkah
Pencegahan Khas 1985.
Dato' Law turut menyatakan kejayaan ini dalah hasil maklumat orang ramai yang bekerjasama dengan pihak polis.




Sumber : HEA IPK SARAWAK