Pada
20 Jun 2013 lebih kurang jam 0120 hrs, satu serbuan yang dilakukan oleh
sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Maran diketuai
Insp Rudy Sriawan bin Razali telah berjaya menahan seorang lelaki melayu
yang berada di dalam sebuah kereta jenis Proton Wira SE berwarna maroon
di hadapan sebuah rumah di Jengka 4, Maran, Pahang dipercayai terlibat
dalam kegiatan pengedaran dadah.
Hasil
siasatan, bekalan dadah tersebut diedarkan di sekitar Jengka dan Maran.
Harga pasaran dadah Syabu 5.5 gram yang dirampas bernilai RM 1,800.00
dan harga runcit (berbentuk peket plastic kecil 0.01 gram ) bernilai
RM5,500.00 untuk kegunaan 550 penagih tempatan. Harga pasaran dadah
heroin, 2.042 kg yang dirampas bernilai RM72,000.00 dan harga runcit
(berbentuk peket 0.05 gram) bernilai RM408,200.00 untuk kegunaan 40,820
penagih tempatan. Lelaki yang ditangkap berumur 36 tahun berasal
daripada negeri Pahang dan tiada pekerjaan. Selain dadah, kereta
terbabit dan sebuah telefon bimbit turut dirampas. Kes disiasat di bawah
Seksyen 39B ADB 1952 dan jika disabit kesalahan boleh dihukum gantung
sampai mati.
Kenyataan Media:
Superintendan Yap Toon Khuan,
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang
21 Jun 2013, Bilik Media IPK Pahang
Pada 20 Jun 2013 lebih kurang jam 0120 hrs, satu
serbuan yang dilakukan oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah
Narkotik IPD Maran diketuai Insp Rudy Sriawan bin Razali telah berjaya
menahan seorang lelaki melayu yang berada di dalam sebuah kereta jenis
Proton Wira SE berwarna maroon di hadapan sebuah rumah di Jengka 4,
Maran, Pahang dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah.
Dalam
pemeriksaan, suspek telah menyerahkan kepada pengadu satu paket plastic
lut sinar yang diambil daripada poket tepi pintu bahagian pemandu yang
disyaki dadah jenis syabu seberat 5.5 gram. Dengan disaksikan suspek,
pengadu telah membuat pemeriksaan seluruh kenderaan tersebut. Hasilnya
pengadu telah menemui empat bungkusan plastik berwarna hitam yang
mengandungi empat plastic lut sinar berisi serbuk / ketulan yang disyaki
dadah jenis heroin dan satu bungkusan plastik berwarna hitam
mengandungi tiga peket plastik lut sinar pelbagai saiz berbagai serbuk /
ketulan yang disyaki dadah jenis heroin di dalam bonet belakang
kenderaan tersebut. Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas ialah 2.042
kilogram heroin dan 5.5 gram syabu.
Lelaki
yang ditangkap berumur 36 tahun berasal daripada negeri Pahang dan
tiada pekerjaan. Selain dadah, kereta terbabit dan sebuah telefon bimbit
turut dirampas.
Hasil
siasatan, bekalan dadah tersebut diedarkan di sekitar Jengka dan Maran.
Harga pasaran dadah Syabu 5.5 gram yang dirampas bernilai RM 1,800.00
dan harga runcit (berbentuk peket plastic kecil 0.01 gram ) bernilai
RM5,500.00 untuk kegunaan 550 penagih tempatan. Harga pasaran dadah
heroin, 2.042 kg yang dirampas bernilai RM72,000.00 dan harga runcit
(berbentuk peket 0.05 gram) bernilai RM408,200.00 untuk kegunaan 40,820
penagih tempatan.
Kes
disiasat di bawah Seksyen 39B ADB 1952 dan jika disabit kesalahan boleh
dihukum gantung sampai mati. Suspek kini ditahan reman di lokap IPD
Maran selama seminggu bagi tujuan siasatan.

Sumber : Pusat Media Ibu Pejabat Kontinjen Pahang