Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sindiket Curi Motosikal Di Shah Alam Lumpuh Tujuh Suspek Ditangkap

Published: 25 Mar 2016 10.39 AM Updated: 15 Aug 2026 7.31 PM
Shah Alam, 25 Mac 2016 - Polis melumpuhkan satu sindiket mencuri motosikal di sini dengan penahanan tujuh individu dan penemuan semula sembilan buah motosikal yang dilaporkan dicuri.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sindiket-curi-motosikal-di-shah-alam-lumpuh-tujuh-suspek-ditangkap
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:39 MYT
Shah Alam, 25 Mac 2016 - Polis melumpuhkan satu sindiket mencuri motosikal di sini dengan penahanan tujuh individu dan penemuan semula sembilan buah motosikal yang dilaporkan dicuri.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata kesemua suspek berumur antara 24 dan 32 tahun ditahan dalam beberapa operasi berasingan di sini, Sabak Bernam dan Telok Panglima Garang pada 16 Mac lepas.

"Turut ditahan dalang berumur 24 tahun dan kami kini sedang mencari saki baki anggota sindiket ini yang dipercayai giat melakukan jenayah curi motor sejak awal tahun ini," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Hari Polis Ke-209 peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam hari ini.

Menurut Shafien, berdasarkan siasatan awal, sindiket itu menyasarkan motosikal jenis Yamaha dan Honda yang kemudiannya akan dileraikan untuk dijual sebagai alat ganti.

Tambahnya, kebanyakan motosikal yang dijumpai dilapor dicuri di kawasan perumahan jenis pangsapuri dan kawasan kedai serbaneka sekitar Shah Alam dan Ampang.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan bermotor.

Terdahulu, Shafien menyampaikan surat penghargaan Ketua Polis Daerah Shah Alam kepada 44 orang awam termasuk lapan pengamal media yang banyak membantu badan berkuasa itu dalam membanteras jenayah.- BERNAMA
ArticlePublished 25 Mar 2016 10.39 AMUpdated 15 Aug 2026 7.31 PM