Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sindiket Curi Lori Tumpas

Diterbitkan: 17 Jun 2014 12.42 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
SINDIKET CURI LORI TUMPAS! : Ribuan enjin dan pintu lori dikikis cap syarikat dijumpai dalam serbuan sepasukan polis dari kontinjen Selangor di sebuah premis perniagaan barang lusuh di Kampung Ayer Pu..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sindiket-curi-lori-tumpas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:30 MYT

SHAH ALAM, 21 Februari : Ribuan enjin dan pintu lori dikikis cap syarikat dijumpai dalam serbuan sepasukan polis dari kontinjen Selangor di sebuah premis perniagaan barang lusuh di Kampung Ayer Putih, Simpang, Taiping Perak baru-baru ini. Penemuan itu adalah hasil tangkapan tiga lelaki tempatan yang cuba mencuri sebuah lori di lorong belakang pasaraya Giant, Rawang Selangor pada 16 Februari lalu bersama peralatan yang disyaki digunakan untuk mencuri kenderaan. 

Ekoran daripada tangkapan tersebut, pihak polis membuat serbuan di dua lokasi berasingan iaitu di Taman Perpaduan, Sabak Bernam, Selangor dan sebuah premis barang lusuh di Kg Ayer Putih, Simpang, Taiping Perak dan berjaya menahan empat lelaki warga tempatan, empat lelaki warga asing dan seorang wanita tempatan.

Modus operandi yang digunakan kumpulan terbabit adalah lori yang dicuri akan terus melalui Tol Rawang atau Tol Sugai Buloh ke Changkat Jering,Kemunting serta Bukit Gantang. Saspek turut memutuskan sistem Global Positioning System (GPS) bagi tujuan mengelakkan diri daripada dikesan oleh pihak berkuasa.

Pemeriksaan awal terhadap premis tersebut mendapati dua buah enjin telah dilapurkan hilang di Hutan Melintang, Perak dan Desa Jaya, Gombak sejak 1999. Kesemua saspek yang ditahan kini direman dibawah seksyen 117 Kanun Keseksaan dan disiasat dibawah seksyen 379A Kanun Keseksaan iaitu curi kenderaan.

Ketua Polis Selangor dalam sidang medianya sebentar tadi meminta masyarakat supaya memaklumkan kepada pihak polis jika terdapat sebarang aktiviti yang mencurigakan di sekeliling mereka. 

Sindiket Curi Lori Tumpas
Sindiket Curi Lori Tumpas
Sindiket Curi Lori Tumpas
Sindiket Curi Lori Tumpas
Sindiket Curi Lori Tumpas
Sindiket Curi Lori Tumpas
Sindiket Curi Lori Tumpas

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 12.42 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM