Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sindiket Curi Lori Penyeludupan Tumpas Dengan Penahanan Sem

Published: 16 Jun 2014 2.51 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
JOHOR BAHARU, 10 Nov (Bernama) -- Polis menumpaskan sindiket curi lori dan penyeludupan rokok serta minuman keras selepas menahan sembilan lelaki di sebuah gudang di Kawasan Perindustrian Saleng, Sena..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sindiket-curi-lori-penyeludupan-tumpas-dengan-penahanan-sem
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:46 MYT
JOHOR BAHARU, 10 Nov (Bernama) -- Polis menumpaskan sindiket curi lori dan penyeludupan rokok serta minuman keras selepas menahan sembilan lelaki di sebuah gudang di Kawasan Perindustrian Saleng, Senai, dekat sini, Jumaat lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata kesemua lelaki berkenaan ditahan kira-kira pukul 3 petang oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Selatan berdasarkan hasil maklumat orang ramai dan risikan selama enam bulan.

"Polis menemui lima lori pelbagai jenis dalam gudang itu dan semakan mendapati tiga daripadanya dicuri di daerah ini manakala dua lagi di Pandan Indah, Selangor dan Kuantan, Pahang," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, Rabu.

Beliau berkata polis turut menemui 210 kotak rokok jenama D&J Premium American Blend dan 148 kotak minuman keras pelbagai jenama di dalam gudang itu. Kesemua lori dan barangan seludup itu dianggar bernilai RM2.2 juta.

"Polis percaya sindiket itu terlibat dalam 37 kes curi lori dan seludup sebelum ini. Semakan mendapati seorang daripada lelaki yang ditahan itu mempunyai rekod memiliki dadah di Alor Setar, Kedah lima tahun lepas dan masih dikehendaki bersabit kesalahan memiliki VCD lucah di Kota Damansara, Kuala Lumpur, empat tahun lepas," katanya.

Beliau berkata kesemua lelaki berumur 17 hingga 40 tahun itu kini direman untuk siasatan lanjut.
ArticlePublished 16 Jun 2014 2.51 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM