Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sindiket Curi Lembu Tenusu Tumpas

Diterbitkan: 18 Jun 2014 6.34 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.35 PM
Satu sindiket curi lembu tumpas berikutan penahan seorang lelaki berusia 66 tahun di sebuah rumah di Rantau, Negeri Sembilan. Serbuan yang dilakukan pihak polis berjaya merampas 35 lembu tenusu bernil..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sindiket-curi-lembu-tenusu-tumpas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:08 MYT

Satu sindiket curi lembu tumpas berikutan penahan seorang lelaki berusia 66 tahun di sebuah rumah di Rantau, Negeri Sembilan. Serbuan yang dilakukan pihak polis berjaya merampas 35 lembu tenusu bernilai RM100,000.

Bertindak dari laporan polis yang dibuat oleh majikan, satu pasukan khas telah ditubuhkan sebelum menyerbu sebuah rumah di Jalan Linggi, Rantau. Hasilnya seorang suspek ditahan dan tiga lembu dirampas di sekitar kediaman suspek.

Siasatan lanjut satu lagi ladang diserbu tidak jauh dari lokasi suspek ditahan dan pihak polis telah merampas 24 lembu dewasa dan lapan anak lembu.

Sindiket Curi Lembu Tenusu Tumpas
Sumber : Keratan Akhbar Harian Metro

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 6.34 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.35 PM