Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sindiket Curi Kenderaan Pacuan Empat Roda Tumpas

Diterbitkan: 19 Jun 2014 2.53 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Bukit Aman, 14 Mac –Usaha sepasukan polis dari Bahagian Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah (D4) Bukit Aman berhasil dengan penahanan dua pasangan suspek yang disyaki menjadi dalang kepada sa..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sindiket-curi-kenderaan-pacuan-empat-roda-tumpas-20140619
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:46 MYT

Bukit Aman, 14 Mac –Usaha sepasukan polis dari Bahagian Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah (D4) Bukit Aman berhasil dengan penahanan dua pasangan suspek yang disyaki menjadi dalang kepada satu sindiket curi kenderaan.

Kesemua suspek yang berumur lingkungan 21 hingga 26 tahun itu berjaya ditahan di Tol Sungai Ramal pada Febuari lalu setelah pasukan serbuan berjaya memintas kenderaan yang dinaiki oleh mereka.

Ketua Penolong Pengarah JSJ (D4), SAC Dato' Abd Manaf bin Abd Razak berkata pihaknya telah menjalankan risikan dan pemerhatian terhadap kumpulan ini hampir sebulan yang lalu dipercayai bergerak aktif di sekitar Selangor.

"Pihak polis menjalankan risikan dan pemerhatian ke atas sebuah gudang di kawasan Perindustrian Mega, Bandar Teknologi Kajang, Selangor yang dijadikan tempat menyimpan kenderaan yang dicuri dan kami menemui 10 buah kenderaan pacuan empat roda antaranya Toyota Hilux, Fortuner dan Honda CRV yang dilaporkan hilang".

"Semakan mendapati enam buah kenderaan jenis pacuan empat roda dilaporkan dicuri dan dipercayai kenderaan tersebut akan dihantar ke pelabuhan Jebel Ali, Dubai melalui pelabuhan Klang, Selangor", katanya dalam sidang media di Dewan Theattrate, Bukit Aman, pagi tadi.

"Hasil soal siasat yang dijalankan mendapati dua suspek lelaki berperanan sebagai 'jokey' yang bertanggungjawab mengambil atau menghantar kenderaan curi ke dalam kontena.", tambahnya lagi.

Kedua lelaki tersebut menghadapi 10 pertuduhan dibawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan iaitu melupuskan harta curi dan satu pertuduhan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu menggalang penjawat awam pada menjalankan tugas di Mahkamah Kajang Jumaat lalu.

Sindiket Curi Kenderaan Pacuan Empat Roda Tumpas
Sindiket Curi Kenderaan Pacuan Empat Roda Tumpas

Sumber : Unit Portal Dan Media Sosial Bukit Aman

ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2014 2.53 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM