Sindiket Curi Kenderaan Pacuan Empat Roda Tumpas
Oleh : Kpl Edwind Indo
SINDIKET CURI KENDERAAN PACUAN EMPAT RODA TUMPAS
Bukit
Aman, 14 Mac –Usaha sepasukan polis dari Bahagian Risikan dan Operasi
Jabatan Siasatan Jenayah (D4) berhasil dengan penahanan dua pasangan
suspek yang disyaki menjadi dalang kepada satu sindiket curi kenderaan.
Kesemua
suspek yang berumur lingkungan 21 hingga 26 tahun itu berjaya ditahan
di Tol Sungai Ramal pada Febuari lalu setelah pasukan serbuan berjaya
memintas kenderaan yang dinaiki oleh mereka.
YDH
SAC Dato' Abd Manaf bin Abd Razak, Ketua Penolong Pengarah JSJ
(D4) berkata pihaknya telah menjalankan risikan dan pemerhatian terhadap
kumpulan ini hampir sebulan yang lalu dipercayai bergerak aktif di
sekitar Selangor.
"Pihak
polis menjalankan risikan dan pemerhatian ke atas sebuah gudang di
kawasan Perindustrian Mega, Bandar Teknologi Kajang, Selangor yang
dijadikan tempat menyimpan kenderaan yang dicuri dan kami menemui 10
buah kenderaan pacuan empat roda antaranya Toyota Hilux, Fortuner dan
Honda CRV yang dilaporkan hilang".
"Semakan
mendapati enam buah kenderaan jenis pacuan empat roda dilaporkan dicuri
dan dipercayai kenderaan tersebut akan dihantar ke pelabuhan Jebel Ali,
Dubai melalui pelabuhan Klang, Selangor", katanya dalam sidang media di
Dewan Theattrate, Bukit Aman, pagi tadi.
"Hasil
soal siasat yang dijalankan mendapati mendapati dua suspek lelaki
berperanan sebagai 'jokey' yang bertanggungjawab mengambil atau
menghantar kenderaan curi ke dalam kontena.", tambahnya lagi.
Kedua
lelaki tersebut menghadapi 10 pertuduhan dibawah Seksyen 414 Kanun
Keseksaan iaitu melupuskan harta curi dan satu pertuduhan di bawah
Seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu menggalang penjawat awam pada
menjalankan tugas di Mahkamah Kajang Jumaat lalu.

YDH SAC Dato' Abd Manaf bin Abd Razak, Ketua Penolong Pengarah JSJ (D4) menunjukkan foto kenderaan yang berjaya dirampas

Antara rakan media yang hadir

YDH SAC Dato' Abd Manaf bin Abd Razak, Ketua Penolong Pengarah JSJ (D4) menjawab pertanyaan rakan media