Sindiket Curi Kenderaan Mewah Tumpas
Gombak
- 29 Jun 2009. Polis menumpas sindiket curi kenderaan mewah yang
bergerak aktif sekitar Lembah Klang dan menjadikan sebuah bengkel di
Sungai Lalang, Semenyih sebagai tempat meleraikan kenderaan curi sebelum
dijual kepada kedai menjual alat ganti kenderaan terpakai.
Sepasukan
polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang berjaya menahan lima anggota
sindiket termasuk dua warga Bangladesh berusia 25 dan 46 tahun, ketika
serbuan dibuat pada jam 3.30 petang. Polis turut merampas sebuah Toyota
Fortuner yang dipercayai dicuri di sekitar Lembah Klang.
Kegiatan
kumpulan jenayah terbabit beroperasi sejak empat bulan lalu dan
mensasarkan kenderaan-kenderaan mewah. Komponen dan aksesori kenderaan
itu akan dileraikan hanya dalam tempoh sejam. Kes ini disiasat mengikut
Seksyen 29(a) Undang-undang Kesalahan Kecil, Seksyen 379 (a)(1) Kanun
Keseksaan dan Seksyen 413 Kanun Keseksaan.