Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sindiket Curi Kenderaan Mewah Tumpas

Published: 13 Jun 2014 1.59 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang berjaya menahan lima anggota sindiket termasuk dua warga Bangladesh berusia 25 dan 46 tahun, ketika serbuan dibuat pada jam 3.30 petang..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sindiket-curi-kenderaan-mewah-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:21 MYT

Gombak - 29 Jun 2009. Polis menumpas sindiket curi kenderaan mewah yang bergerak aktif sekitar Lembah Klang dan menjadikan sebuah bengkel di Sungai Lalang, Semenyih sebagai tempat meleraikan kenderaan curi sebelum dijual kepada kedai menjual alat ganti kenderaan terpakai.

Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang berjaya menahan lima anggota sindiket termasuk dua warga Bangladesh berusia 25 dan 46 tahun, ketika serbuan dibuat pada jam 3.30 petang. Polis turut merampas sebuah Toyota Fortuner yang dipercayai dicuri di sekitar Lembah Klang.

Kegiatan kumpulan jenayah terbabit beroperasi sejak empat bulan lalu dan mensasarkan kenderaan-kenderaan mewah. Komponen dan aksesori kenderaan itu akan dileraikan hanya dalam tempoh sejam. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 29(a) Undang-undang Kesalahan Kecil, Seksyen 379 (a)(1) Kanun Keseksaan dan Seksyen 413 Kanun Keseksaan.

ArticlePublished 13 Jun 2014 1.59 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM