Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sime Darby Fc Gagal Tembak Pdrm Kali Kedua

Diterbitkan: 19 Apr 2015 3.14 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Hasrat Sime Darby FC mengulangi kejayaan menewaskan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) seperti dalam aksi Piala FA sebelum ini tidak kesampaian selepas tunduk 4-1 kepada lawan itu di Stadium Selayang, malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sime-darby-fc-gagal-tembak-pdrm-kali-kedua
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:13 MYT

Hasrat Sime Darby FC mengulangi kejayaan menewaskan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) seperti dalam aksi Piala FA sebelum ini tidak kesampaian selepas tunduk 4-1 kepada lawan itu di Stadium Selayang, malam tadi.

Perlawanan ini turut menyaksikan dua layangan kad merah kepada pemain tuan rumah, Nur Areff Kamaruddin dan pemain pertahanan PDRM, Arman Fareez Mohd Ali. Terdahulu, tidak banyak gerakan menarik dihasilkan kedua-dua pasukan sebelum Ashfaq Ali terlebih dahulu menguji pertahanan sebaliknya rembatannya pada minit ke15 menuju tepat ke penjaga gol tuan rumah, Mohd Suffian Abd. Rahman

Ketika hasrat Sime Darby untuk menyamakan kedudukan di babak kedua, pasukan pelawat tampil lebih garang apabila pada minit ke-48j Ashfaq sekali lagi mencatat nama selaku penjaring dengan gol kedua dan selang empat minit selepas itu, Mohamadou Sumareh menambah derita lawan dengan gol ketiga untuk PDRM dan pada masa kecederaan, Mohd Fauzi Abd Majid tanpa diduga menambah gol keempat pasukan PDRM.

Sumber: Berita Harian

Sime Darby Fc Gagal Tembak Pdrm Kali Kedua
ArtikelDiterbitkan 19 Apr 2015 3.14 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM