Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sila Tangguh Percutian Anda Ke Hong Kong

Diterbitkan: 17 Nov 2019 12.00 PM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
Orang ramai yang merancang untuk bercuti ke Hong Kong dalam tempoh terdekat, dinasihat untuk menangguhkannya buat sementara waktu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sila-tangguh-percutian-anda-ke-hong-kong
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 02:05 MYT

#PesananKhidmatMasyarakat

SILA TANGGUH PERCUTIAN ANDA KE HONG KONG

Orang ramai yang merancang untuk bercuti ke Hong Kong dalam tempoh terdekat, dinasihat untuk menangguhkannya buat sementara waktu.

Ini disebabkan demonstrasi dan protes jalanan oleh beberapa kumpulan rakyat negara itu masih berterusan sejak bulan Jun lalu serta tahap keselamatan di beberapa kawasan yang menjadi tumpuan mereka agak membimbangkan.

Rakyat Malaysia yang kini berada di negara tersebut dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan tidak melalui kawasan yang dinyatakan bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.

Bagi mengetahui perkembangan di Hong Kong, sila ikuti hebahan atau berita yang dikeluarkan oleh pihak media dan pihak berkuasa negara itu dari semasa ke semasa.

Anda juga boleh mandapatkan bantuan Konsulat Jeneral Malaysia di Hong Kong melalui talian +852 2821 0800 / +852-6900-6390 [WhatsApp/WeChat] selepas waktu pejabat.

Sumber info: Wisma Putra
Sumber foto: China Daily

Image may contain: one or more people, crowd and outdoor

ArtikelDiterbitkan 17 Nov 2019 12.00 PMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM